Pengajaran bahasa menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar.
Guru perlu didedahkan dengan kursus yang berkaitan dengan multimedia supaya mereka dapat menguasai konsep pengajaran berbantukan komputer. Kesan pengajaran bahasa menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutama kepada pelajar cerdas.
Namun begitu terdapat beberapa isu yang sering dikaitkan dalam penggunaan dalam pengajaran menggunakan komputer iaitu :
1. Guru kurang bersedia untuk membangunkan pengajaran berbantukan komputer.
2. Permasalahan dari segi perisian hardware
3. Sikap guru, pentadbir ,latihan dan masyarakat.
Penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Malaysia dilihat sebagai usaha untuk mengatasi masalah
penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia seperti kemahiran lisan, membaca dan menulis.
ICT berkembang pesat, itu menguji kita samada kita mampu untuk mengikuti arus perkembangannya.
ReplyDeleteYes, as a teacher, we should always upgrade ourselves either in teaching or ICT.
ReplyDelete